Bayi 7 Bulan Maut Tercekik Cebisan Ayam

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal dunia di hospital sehari selepas usaha membuang cebisan ayam dari tekak kanak-kanak itu gagal.

Bayi Uzbek yang dikenalpasti sebagai S.A.D dari Al Bidyah, Fujuiah meninggal dunia di Hospital Al Dhaid, kata seorang pegawai.

Bayi berkenaan dimasukkan ke hospital pada Sabtu dan diletakkan di bawah unit rawatan rapi berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Pengarang Al Dhaid, Dr Ahmad bin Khadem memberitahu Gulf News, otak kanak-kanak itu kekurangan oksigen akibat saluran udara terhalang dan otaknya mati sebaik tiba di hospital.

Kakitangan kecemasan berjaya memulihkan semula jantung kanak-kanak itu tetapi ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

Sementara itu, ibu bapa kepada bayi malang itu memberitahu pihak hospital, mereka cuma menyelamatkan anaknya dengan menepuk belakangnya dalam usaha untuk membuang seketul ayam dari mulutnya, namun ia memburukkan lagi keadaan dan wajahnya bertukar biru.

Bayi berkenaan hampir tidak bernafas ketika dibawa ke hospital berdekatan.

Tidak ada komentar