(Video) Sultan Johor Benar Pesakit Ditempatkan Di Wad Diraja

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas dalam kebakaran pagi tadi ditempatkan di Wad Diraja hospital berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor turut menzahirkan rasa dukacitanya kepada keluarga mangsa yang terbabit insiden itu.

"Tuanku membenarkan buat sementara penggunaan Wad Diraja bagi pesakit di ICU.

"Sultan Johor amat mengambil berat dan meminta laporan penuh serta mahu supaya usaha membaik pulih HSA dilakukan dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut menyumbangkan RM100,000 kepada waris mangsa dan kerajaan negeri juga akan membantu menampung keperluan lain.



Tidak ada komentar