'Tak Payahlah Nak Menipu, Share Bajet Sejemput Ke Sana Sini'

Aku suka travel. Yup! Budget is important tetapi kalau nak bercuti, biarlah bajet yang relevan, bukan dengan perangai tangkai jering kau. Bukan suruh berbelanja mewah ketika bercuti (kalau mampu apa salahnya?) tetapi biarlah logik akal.

Masing-masing berebut raih share beribu dengan fakta bercuti ke Jepun 4 bulan hanya dengan RM350. Tetapi pada yang bingai tak pernah bercuti, terus share tanpa membuat pengiraan yang sebenar berdasarkan pengalaman yang ada.

Yang berkongsi cerita dengan kos penerbangan percuma yang diredeem dari point yang dikumpul tak pun dengan tiket percuma dari lucky draw dinner tahunan Sekolah Tanjung Batu. Banyak hidden cost yang tidak diceritakan tetapi kerana batak raih share, maka yang lain membaca dan share serta tag kawan-kawan bertujuan boleh mengembara dengan kos minima cenggitu.

I went to Japan, Europe, Indonesia. No such thing boleh travel dengan minimum bajet seperti yang diwar-warkan. Okay, terus terang yang mengenali aku memang aku jenis bukan backpackers tetapi bukan semua percutian aku adalah percutian mewah. Jepun dan Europe merupakan percutian bajet yang tinggal dalam bilik sebenar kangkang adik tiri kau berusia 3 tahun. Besar lagi depa tangan aku (okay, ini hyperbola).

Travel by train, makan makanan yang dibawa dari Malaysia tetapi masih tak mampu reach bajet si pengembara-pengembara yang ilmiah bab bercuti ini.

Remember, bercuti bermaksud kau nak lari dari kehidupan kau sebenar. If you can pay more, why don't spend more? Tetapi yang tak mampu itu, asalkan selesa sudah. Tapi tak payahlah nak menipu share bajet sejemput ke sana sini.

Aku balik Sabak Bernam pun pergi balik minyak dah capai RM100! Tapi kau ke Burkina Faso hanya berbekalkan RM250? Sila meninggal!! - Ben Firdaus Azraai

Tidak ada komentar