'Tak Salah Tetapi Boleh Menjatuhkan Imej Suami' - Mufti Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan menyuap suami dengan botol susu tidak bertentangan dengan Islam namun boleh menjatuhkan imej pasangan itu sendiri, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, aktiviti menyuap suami dengan botol susu kononnya mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat terlalu kebudak-budakkan.

"Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam. Antaranya, mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.

"Biarpun isteri menjirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi. Antaranya menutup aurat dan tidak mendedahkan keintiman pada khalayak awam," katanya.

Semalam, sebuah laman Facebook memuat naik aksi pasangan suami isteri menyuap botol susu pada suami masing-masing di riba masing-masing dalam satu acara sukaneka.

Tidak ada komentar