(Video) Anak Maut Digilis Kereta Ketika Ibu Leka Main Telefon

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, dilanggar sebuah kereta dalam kejadian pada waktu malam, 6 Oktober lalu.

Dalam kejadian yang berlaku Yueyang, Hunan, China itu, pemandu yang tidak menyedari akan kehadiran mangsa di depan keretanya terus bergerak dan melanggar mangsa.

Mangsa yang terjatuh lalu terperosok di bawah tayar kereta berkenaan.

Berdasarkan video rakaman CCTV berdurasi 54 saat itu, mangsa dilihat berjalan bersendirian di hadapan, manakala ibunya pula sibuk menggunakan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan anaknya di depan.

Lelaki yang memandu kereta jenis MPV itu pula masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjinnya dan terus bergerak ke hadapan dan berhenti setelah mendengar jeritan ibu mangsa.

Wanita berkenaan segera mendapatkan anaknya, bagaimanapun mangsa dipercayai parah dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia.

Tidak ada komentar