Senarai Diskaun Rebat Tol Lebuhraya Sempena Deepavali 2016

Senarai diskaun dan rebat tol lebuhraya sempena perayaan Deepavali 2016. Seperti sedia maklum, Malaysia akan mengambil cuti umum pada Sabtu 29 Oktober 2016 bersempena dengan perayaan pesta cahaya atau Deepavali yang dianuti oleh agama Hindu di negara ini. Bersempena dengan perayaan Deepavali, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan diskaun kadar tol sebanyak 10 peratus di beberapa lebuhraya yang terpilih.

Senarai Lebuhraya Rebat Tol Sempena Deepavali 2016

Diskaun tol sebanyak 10 peratus bermula 6 pagi pada 29 Oktober dan berakhir pada 6 pagi, 30 Oktober 2016.

  • Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Koridor Guthrie (GCE)
  • Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Diskaun tol sebanyak 10 peratus bermula 12.01 pagi pada 29 Oktober dan berakhir pada 12.01 pagi, 30 Oktober 2016.

  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)

Tidak ada komentar