Burger Nama P.Ramly Tapi Guna Babi

Baru-baru ini terdapat sebuah rangkaian restoran makanan segera yang tidak halal telah beroperasi di ibu kota dan menamakan menu burger mereka dengan nama ‘P Ramly’ dan diperkenalkan sejak 31 Ogos tahun ini.

Menerusi tinjauan yang dilakukan oleh BH selepas aduan orang ramai mendapati set burger tersebut dijual dengan harga RM9.90 per set.

Rangkaian restoran makanan segera itu turut mempunyai cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan, selain cawangan yang beroperasi di Lembah Klang. Restoran tersebut turut beroperasi dengan menggunakan food truck dan mempromosikan restoran mereka di laman sosial Facebook.

Menurut pekerja restoran tersebut ketika tinjauan dilakukan di sebuah pusat beli belah di Damansara, ‘P’ yang terdapat pada menu tersebut adalah merujuk kepada pork ataupun daging babi yang digunakan dalam bahan utama burger tersebut. ‘Ramly’ pula digunakan kerana mendakwa nama tersebut adalah nama biasa bagi rakyat Malaysia.


Tindakan restoran tersebut mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai kerana nama ‘P Ramly’ kebiasaannya merujuk kepada Seniman Negara, Tan Sri Dr P. Ramlee. Dalam masa yang sama ejaan ‘Ramly’ itu merujuk kepada sebuah syarikat pembekal makanan sejuk buku bumiputera yang terkenal.

Seorang pengadu yang bernama Jasmin menyifatkan tindakan restoran itu adalah sesuatu yang tidak patut kerana menimbulkan banyak kekeliruan.

Terdapat beberapa orang pengunjung lain yang turut mengadakan menyifatkan tindakan restoran itu mengelirukan ramai orang terutamanya pelanggan yang beragama Islam kerana ramai yang sangkakan restoran itu ada kena mengena dengan P. Ramlee.

Dalam masa yang sama, seorang pengunjung yang bernama NurHafeezah Che Haludin, 20, mengatakan dia nyaris terbeli set burger tersebut kerana iklan burger itu diletakkan berhampiran laluan awam dan seolah-olah mahu menarik perhatian ramai orang.

Datuk Nadzim Johan selaku ketua aktivis PPIM turut menyifatkan perbuatan restoran itu mengelirukan ramai orang dan tidak mematuhi Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera tentang hal ini.

Syarikat Bumiputera yang mempunyai nama mirip nama burger tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa cuma tiada tindakan belum diambil setakat ini.

Manakala menurut jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihak JAKIM sedang mengkaji berkenaan isu ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Tidak ada komentar