(Video) Kantoi Bawa Keluar Isteri Orang, Lelaki Acu Pistol Pada Suami

Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberkas polis selepas didapati terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan pada 21 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditangkap di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar pada 9 malam semalam ketika mereka menyerah diri.

Polis turut merampas Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

“Kejadian bermula pada 21 Oktober lalu apabila suspek ini disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30-an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari.

“Perkara berkenaan akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang berusia dalam 30an yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira 2 petang semalam,” katanya.

Mohd Nashir berkata, kemudian berlaku pertikaian dan pergaduhan antara suspek dengan suami kepada wanita terbabit.

“Seorang daripada suspek itu kemudian mengeluarkan Revolver dan mengacukan ke arah suami.



œOrang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan dan siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah GLC.

“Kita juga sedang menyiasat pemilik sebenar senjata api yang dirampas itu,” katanya lagi.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tidak ada komentar