(6 Gambar) Pensyarah UNISZA Ditemui Mati Dalam Tandas

Pensyarah Fakulti Pengajian Umum dan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditemui meninggal dunia secara mengejut di tandas universiti berkenaan, jam 3 pagi tadi.

Mayat Abdul Malik Mohamad, 32, ditemui adiknya yang juga penuntut universiti berkenaan dalam keadaan kaku dan sejuk selepas beberapa jam gagal dihubungi oleh penuntutnya.

Menurut sumber, kehilangan pensyarah itu hanya disedari apabila mangsa tidak masuk mengajar.

“Arwah sepatutnya ada kelas, jam 8 malam tadi tetapi dia tidak hadir. Malah, penuntutnya beberapa kali menelefonnya untuk memaklumkan mengenai kelas berkenaan tetapi panggilan tidak berjawab.

“Sebaik dimaklumkan kehilangan Abdul Malik, adiknya mencari lelaki itu di pejabat, jam tiga pagi sebelum menemui mayat mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Punca sebenar kematian mangsa masih belum diketahui.

Tidak ada komentar