Mayat Kerat 10: Remaja OKU Direman Seminggu

Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut, Tangkak, ditahan reman selama seminggu mulai hari ini.

Perintah reman hingga 13 November itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat terhadap suspek berusia 19 tahun yang dipercayai mengenali mangsa.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada 9.15 pagi dengan berpakaian lokap dalam keadaan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, polis menemui anggota badan yang dikerat dipercayai milik seorang remaja yang masih belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Tangkak.

Hasil siasatan, polis mendapati keratan tubuh itu diisi dalam lima beg plastik hitam yang ditemui dalam saluran pembetung longkang rumah berkenaan.

Suspek juga menanam kepala mangsa di kawasan berhampiran rumah berkenaan.

Tidak ada komentar