Jepun Cipta Bra Paling Sejuk & Selesa Di Dunia!

Baru-baru ini Jepun mencipta pakaian dalam yang unik dan tiada siapa pernah terbayang untuk menghasilkannya sebelum ini.

Syarikat pakaian dalam terkemuka, Triumph, mencipta pakaian dalam yang diberi nama Super Cool Bra bagi menghadapi cuaca musim panas.

Pasti wanita rasa tidak selesa apabila memakai pakaian dalam ketika musim panas.

Pakaian dalam unik ini memang sangat berbeza kerana ia menggunakan bantalan gel untuk disejukkan di dalam peti sejuk.


Gel tersebut perlu disejukkan selama dua jam sebelum digunakan. Bantalan gel tersebut akan membentuk seperti lapisan ais dan akan memberikan sensasi dingin.

Pakaian dalam itu dicipta dengan tujuan agar warga Jepun dapat mengurangkan penggunaan penghawa dingin pada musim panas, sekaligus menjimatkan elektrik.

Lebih menarik pakaian dalam tersebut dihiasi dengan setangkai daun mint untuk memberikan aroma yang menyegarkan.

Tidak ada komentar