Harga LPG Naik Tahun Depan, RM7 Setong?

elepas harga minyak masak dan petrol naik kelmarin, rakyat jelata sekali lagi akan tertekan apabila harga gas petroleum cecair (LPG) dikatakan akan turut naik mulai tahun depan, lapor China Press.

Mengikut maklumat daripada peruncit, kenaikan harga LPG tidak mungkin berlaku pada tahun ini, tetapi tetap akan naik selewat-lewatnya tahun depan dengan kadar kenaikan RM7 setong.

Selain itu, ada dalam kalangan ejen penjual LPG turut memberitahu, kenaikan harga LPG tidak mampu dielakkan lagi ketika ini, cuma menunggu masa untuk diluluskan dan diumumkan oleh kerajaan dalam beberapa bulan akan datang.

Akhbar ini turut membuat tinjauan terhadap beberapa peruncit dan ejen penjual LPG di sekitar Lembah Klang, namun mereka mengesahkan masih belum menerima sebarang maklumat mengenai kenaikan LPG seperti diura-urakan.

Sekiranya harga LPG dinaikkan, pengguna di seluruh negara pastinya akan mengeluh kerana selepas minyak masak dan petrol, mereka sekali lagi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan.

Kenaikan harga minyak masak dan petrol pada awal bulan ini, dan disusuli LPG dalam beberapa bulan akan datang turut memungkinkan peniaga makanan menaikkan harga jualan mereka.

Tidak ada komentar