Budak Hilang Sejak 31 Oktober Ditemui Di Hentian Bas

Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang ditemui selamat oleh abang kepada rakannya di perhentian bas di Ampang, lewat petang ini.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata anaknya dijumpai Mohd Ismail Abdullah, 15, iaitu abang kepada rakan Noor Ayrill Aqasha, ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya di Bukit Ampang.


"Saya hanya tahu mengenai berita penemuan dia apabila dimaklumkan oleh bekas isteri kerana ketika itu saya tiada di rumah kerana sedang mencari anak saya di luar.

"Saya amat bersyukur dia ditemui dalam keadaan selamat. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi.

Noor Ayrill Aqasha sebelum ini dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Sementara itu, Mohd Ismail pula berkata, dia memang kenal kawan adiknya itu, terutama apabila kehilangannya menjadi viral di media sosial.

Tidak ada komentar