Penduduk Gempar 'Mayat' Dalam Sawah Hidup Kembali

Penduduk di Desa Manguranranan Kabupaten Kebumen Jawa Tengah dan polis gempar apabila sosok seorang lelaki yang disangka mayat terdampar di tengah sawah.

Menurut laporan media Indonesia, orang ramai pada mulanya menyangka sosok itu adalah mayat.

Ketua Desa Mangunranan, Taufiq nekad menghentikan kenderaan polis yang sedang melintas di tengah jalan untuk melaporkan kejadian kerana tiada penduduk yang berani mengeluarkan mayat tersebut.

Polis yang menerima laporan kejadian tersebut dengan segera ke kawasan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi.

Proses evakuasi pun dimulakan.

Namun ketika cuba untuk mengeluarkan sosok tersebut, orang ramai terperanjat apabila lelaki tanpa baju itu tiba-tiba bangun secara mengejut.

"Semua yang melihat proses pengeluaran itu terkejut. Mayat itu bangun secara tiba-tiba. Kawasan itu kemudian dipenuhi dengan gurauan orang ramai", tulis tribratanews.

Sementara itu, viva.co.id melaporkan lelaki tanpa pakaian itu sebenarnya sedang tertidur di tengah sawah dan dipercayai dia tidak siuman.

Tidak ada komentar