(Video) Tujuh Kucing Peliharaan Mati Akibat Diracun

Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan dengan kejam seperti ini? Demikian persoalan netizen terhadap kejadian yang berlaku pada tujuh ekor kucing yang mati diracun.

Terdahulu, Chris Swit, memuat naik gambar dan video lima ekor kucing peliharaannya baka domestik mati dipercayai diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Manakala dua ekor kucing lagi turut menerima nasib yang sama, bagaimanapun jasad kedua-duanya masih belum ditemui dan lokasi kejadian juga tidak dinyatakan.

"Sungguh tak menyangka, saya benar-benar sedih dan menangis tak berhenti. Saya kehilangan tujuh ekor kucing peliharaan pagi ini, dua daripadanya masih belum ditemui.

"Kepada pihak yang berani meracuni kucing-kucing saya, saya berdoa agar Tuhan akan membalas perbuatan anda," katanya.


Berdasarkan gambar yang dikongsi, Chris percaya makanan kibbles yang diberi pada kucing-kucingnya itu telah dicampur dengan racun. Chris juga sempat merakam salah seekor kucingnya yang dalam keadaan nazak dan mulutnya berbuih sebelum menghembuskan nafas terakhir.



Perkongsian Chris itu turut mendapat perhatian netizen dari serata dunia yang turut bersedih dengan kehilangannya itu.

Semoga individu yang melakukan perbuatan terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal kerana menganiaya haiwan yang tidak berdosa.

Tidak ada komentar