Isteri Jalaludin Hassan Meninggal Dunia

Isteri pelakon, Datuk Jalaludin Hassan, Datin Hashimah Aksan meninggal dunia pada pukul 3.10 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, di sini.

Salah seorang menantu beliau mengumumkan berita sedih itu melalui akaun Facebook John Amru Addailami.

Semalam, Hashimah, 63, difahamkan menjalani pembedahan pintasan jantung.

Antara pesanan Allahyarham kepada anak-anak sebelum ini ialah,

"Kalau Allah jemput mama, satu sahaja pesanan mama, jangan sesekali tinggalkan solat dan berbaik-baik, berpakat adik beradik," kongsi menantu lelaki itu menerusi status Facebooknya.

Jalaluddin dan Hashimah dikurniakan lapan cahayamata semenjak mendirikan rumah tangga pada awal 1980-an.

Tidak ada komentar