'Hati-Hati Dengan Lelaki Setan Ini!'

"Berwaspada dengan lelaki gatal ini!" demikian nasihat Syima Mohamad kepada golongan wanita yang menggunakan perkhidmatan Putra LRT.

Menurut Syima, lelaki berbaju kelabu dan memakai cermin mata ini telah mengambil kesempatan terhadap dirinya ketika berada di dalam LRT, pagi semalam.

"Tolong ingat muka lelaki ini. Dia cuba sorokkan wajahnya ketika saya cuba merakam gambarnya dalam LRT yang agak padat pada waktu itu.

"Lelaki ini telah menggosok kemaluannya pada saya dalam LRT. Astagfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi insiden ini berlaku di stesen Universiti dan perhentiannya di stesen Bangsar," katanya.

Syima berkata, ekoran tindakan lelaki itu, dia menjerit dengan kuat dan memberi peringatan kepada penumpang wanita yang lain agar berhati-hati dan tidak berada dekat dengan lelaki terbabit.

Apa yang mengecewakan Syima ialah, tiada seorang pun individu yang tampil membantunya pada ketika itu meskipun dia menjerit berulangkali.

"Mungkin sesetengah orang fikir saya meroyan. Tetapi saya tak malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini.

"Saya bukannya berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi," tegasnya.

Justeru, Syima meminta golongan wanita lebih berwaspada dan tidak mendiamkan diri apabila diperlakukan seperti itu.

Tidak ada komentar