Ular Sawa Disyaki Telan Lembu, Rupa-Rupanya Bunting

Penduduk tempatan berjaya menangkap seekor ular yang besar kerana mengesyaki reptilia berkenaan telah menelan seekor anak lembu milik seorang penternak.

Bagaimanapun, sangkaan mereka itu meleset apabila mereka menemui berpuluh-puluh biji telur di dalam perut ular yang sedang bunting itu.

Meskipun terkejut dengan penemuan itu, mereka mengambil kesempatan dan mengeluarkan kesemua telur-telur tersebut untuk dijadikan sebagai 'makanan istimewa' yang jarang diperolehi.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas jenis ular tersebut, banyak spesis ular yang boleh menghasilkan telur sehingga 100 biji telur pada satu masa.

Sementara itu netizen di media sosial melahirkan rasa simpati terhadap reptilia itu, namun turut bersyukur telur-telur itu tidak sempat ditetaskan oleh induknya.

Tidak ada komentar