(Video) Dua Pelajar UTAR Dicabul Lelaki Gempal Dalam Kondo

Dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman berusia 22 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki gempal berhampiran kondominium di Bandar Sungai Long, petang semalam.

Menurut mangsa, Cristal Yahya, dia diekori oleh suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa bersama dengan seorang lagi rakannya, Tammy Ong, pada jam 3.30 petang.

Suspek yang mengekori dari belakang tiba-tiba menghampiri mangsa dan menyentuh bahagian punggungnya.

Mangsa terkejut dan terus menjerit dan bertanya mengapa lelaki itu bertindak sedemikian sebelum meraba bahagian dada kawannya, menyebabkan wanita itu pula menjerit.

Suspek kemudian melarikan diri. Namun kedua-dua mangsa cuba mengejar lelaki itu bagi merakam wajah suspek. Malangnya gagal berbuat demikian kerana suspek berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa berjaya merakam video berdurasi 16 saat di mana suspek sedang berusaha melarikan diri.

Ekoran kejadian itu, Cristal dan Tammy membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Long, semalam.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan kejadian itu dan kini sedang giat mengesan suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat.

Tidak ada komentar