Pelajar Ditolak Rakan Sampai Terkoyak Pipi

Seorang kanak-kanak lelaki terkoyak pipi kirinya dan menerima kira-kira 50 jahitan akibat terkena tombol pintu dalam satu kejadian di sebuah sekolah agama di Kajang pada Khamis lepas.

Seorang pelajar terkoyak pipi selepas tersangkut di tombol pintu bilik darjah di sekolahnya di Kajang di sini baru-baru ini.

Difahamkan kejadian pukul 9 pagi itu berlaku ketika pelajar tersebut berada di dalam bilik darjah dan kemudian didakwa terjatuh selepas ditolak rakannya lalu terkena tombol pintu kelasnya.

Mengikut kenyataan ibunya di akaun laman sosial Facebook miliknya mendapati mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

“Kejadian itu bukan berlaku di Melaka seperti mana diviralkan sebaliknya berlaku di sebuah sekolah agama di Kajang,” kata wanita berkenaan dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Difahamkan tiada laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan setakat ini.

Tidak ada komentar